Monday, 1 October 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Manjung







Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Manjung 2012 telah berlangsung pada 4 Ogos 2012 bertempat diperkarangan  KRT Seri Manjung Vii Fasa 1D1 1D2 dan 1D3. Seramai 250 peserta dan kenderaan yang terlibat yang merangkumi Daerah Manjung dan Perak Tengah. Laluan utama konvoi ini adalah dari KRT Seri Manjung Vii ke Kg Sitiawan .

       Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemai di hati semua golongan remaja akan betapa pentingnya sebuah kemerdekaan . Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk menyemarakkan lagi ikatan perpaduan di antara satu sama lain

SEJARAH PENUBUHAN

KRT SERI MANJUNG VII  telah ditubuhkan pada tahun 2004. Dianggotai 21 orang ahli jawatan kuasa serta di pengerusikan oleh Mantan Pengerusi  Tuan Hj Sulaiman bin Ngah Mahmud. Jumlah kepadatan penduduk melebihi 2000.00 yang terdiri dari pelbagai golongan profesional dan koperat.